Sunday, September 5, 2010

sharing is caring.. Nursing While Pregnant!

nk share info sket ngn u oll..
since aku tau aku preggy, aku still bfeed edreen.. cian anak mama, ye ni mmg die-hard-fan breastfeed.. 2 minggu tggal time aku g kursus induksi pn, ye still nak lg.. pastu, tggl lg ye 4 hari coz aku kna g wt WIM english utk JTM. ingt ye dh lupe or xmo.. eehhh.. takk gak. syukur alhamdulillahhh.. msk hr ni, dh 10 bln 3 hari aku berjaya bfeed edreen..


but rmai ckp seelok-eloknya aku stop bfeed.. diorg ckp cian kt baby dlm pewut ni.. btul ke??? tp, aku de gak google psl mnda ni.. aku share ngn kowg ye... :




Pregnant semasa masih menyusukan adalah tidak mustahil kerana LAM (perancangan keluarga dengan cara menyusukan dimana ovulation disupress oleh baby’s suckling) hanya boleh dipercayai jika :
Bayi berusia kurang 6 bulan
Bayi tidak makan/minum apa apa selain susu ibu
Ibu belum datang haid


Berikut adalah concern ibu mengandung yang mahu meneruskan penyusuan. Saya simpulkan dalam tulisan berwarna merah ye.

Milk Supply?
Statement yang ‘cliche’ iaitu pregnancy akan menyebabkan produksi susu merudum kadangkala menyebabkan susu ibu merudum SEBAIK sahaja dia tahu dia mengandung(Emosi mengambil alih peranan disitu)

Baby’s NutritionSusu ibu bukan lah sumber utama nutrien bayi bagi yang berusia selepas 6 bulan.Umur Iki ialah 1 tahun 5 bulan dan minum EBM sebanyak 7-8 oz sepanjang siang. Meal beratnya ditambah kepada 3 sesi, pagi, petang dan malam. Snack nya seperti coco crunch, roti, biskut dan buah juga ditambah bagi memenuhi keperluan nutriennya. Dalam usia Iki, dia memerlukan kalsium dan iron yang tinggi. Selain daripada susu, sumber kalsium yang baik ialah soya, bijan, almond, brokoli, carrot dan orange. Sumber makanan yang tinggi iron pula ialah lean meet (beef), tuna, salmon, tofu, beans, ayam dan turkey.

Miscarriage Risk?
Menyusukan semasa mengandung adalah selamat. Benar, terdapat risiko contraction yang disebabkan pengecutan di payudara semasa penghasilan susu(Sekaligus pengecutan di bahagian uterus). Walaubagaimanapun reseptor contraction di bahagian uterus masih ‘belum matang’ untuk bereaksi dengan contraction yang boleh menyebabkan kelahiran/miscarriage. Untuk ibu2 yang pernah mengalami keguguran, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan gynae anda.

Mom’s Health Condition?
Ibu perlu mendapatkan ilmu ‘eat-for-three’ iaitu makan apa sahaja yang nampak berkhasiat (Wah wah..macam senang je kan ). Sekiranya anda mengalami light head, makan portion kecil sebelum anda mengepam atau menyusukan. Pastikan anda ada coklat, biskut atau buah di atas meja kerja anda untuk dimakan selang 2-3 jam. Minum air dengan banyak. Dan dapatkan berat yang bersesuaian pada setiap kali checkup (anggaran 10-15 kg bagi setiap kehamilan). Daily calories intake untuk BF Mom ialah 1900 calories
Semak kalori makanan anda di siniKalori yang diperlukan bagi ibu BF+Pregnant:
1 st Trimester : No additional cal
2 nd Trimester : Additional 340 cal
3 rd Trimester : Additional 450 cal

Amalkan pengambilan kalsium dan iron pills yang disyorkan oleh gynae anda
Fetus health?Estimated Fetus Weight(EFW) haruslah berkadaran dengan yang sepatutnya (di cek pada setiap kali checkup)


Baby’s Condition?
Setiap titis susu ibu itu beneficial kepada anaknya walau berapa tahun usianya. Penyusuan selepas usia 1 tahun adalah lebih kepada ikatan ibu-anak(Untuk ‘ubat’ tidurkan bayi contohnya - Comfort Sucking). Berbanding sebagai sumber nutrisi utama bayi. Setiap kali bayi anda menyusu dari anda, perhatikan samada ada tindakan menelan (swallowing). Perhatikan juga jika bayi kerap bangun untuk menukar ke payudara sebelah lagi.

Perubahan susu mommy?
Seperti yang saya katakan, susu ibu mengandungi khasiat yang baik utk bayi
Dan semua ibu mengalami proses yang berbeza. Ada yang mengalami pertambahan susu semasa mengandung.Pada trimester kedua, ibu akan menghasilkan weaning milk yang kurang laktosa (kurang manis) dan lebih sodium. Jadi baby akan lebih minum air kosong selepas minum susu ibu (berbeza mengikut bayi- Iki begitu!). Biasanya, pada trimester ketiga kehamilan badan ibu akan mula menghasilkan susu dalam bentuk colustrum. Oleh kerana colustrum mengandungi laxative maka poo poo bayi anda mungkin akan berubah keadaannya. Jangan risau, ianya bukan diarrhea.


so, wuts da conclusion?? tepuk dada, tnya selera... hendak seribu daya, xnk seribu dalih.. :)

0 comments: